Make your own free website on Tripod.com

SENARAI BUKU


SINOPSIS JALINAN KASIH

 

Rosalina Abdulla @ Rosalind Lee telah membelakangkan agama kerana terjaring dalamnya cintanya terhadap Hadi. Risiko kahwin campuran terbukti bila rumah tangga mereka mula memutikkan bunga-bunga sengketa. Kehadiran Rodney pemuda Kanada membuat Rosalina memilih antara dua.

Mary Ann memutuskan pertunangan di tanah air bila terpikat dengan pemuda dari luar negara. Luhurkah cinta pemuda asing dari tunangan yang serumpun bangsa?

Mek Rokiah meninggalkan kepahitan hidup desa mengejar kebahagiaan di bandar. Berjayakah dia menempatkan dirinya di tengah-tengah kota yang penuh dugaan?

Alia wanita korporat yang berhati waja. Kemewahan di sekelilingnya. Tergugatkah kestabilan hidupnya bila cinta dikecewakan? Adakah cinta satu kemestian dalam hidup wanita yang dikelilingi harta dan kemewahan?

Kempat-empat mereka hidup dalam lingkungan aru sosial masyarakat wanita kita. Adakah masalah mereka berhubung kait? Jawapannya memang benar. Bagaimana? Kenapa? Apa sudahnya? Soalan itu akan hanya terjawab di dalam novel JALINAN KASIH.

 

HARGA : RM12.00

BILANGAN HALAMAN : 304

PENULIS : PUTERI ANDALAS

 

 

     << PREVIOUS        NEXT >>        KEMBALI KE LAMAN