Make your own free website on Tripod.com

SENARAI BUKU


SINOPSIS CINTA PERTAMA


Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta.

Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.


Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan di-biarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?


Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?

 

HARGA : RM19.90

BILANGAN HALAMAN : 520

PENULIS : NORHAYATI BERAHIM

 

 

 

      << PREVIOUS        NEXT >>        KEMBALI KE LAMAN